Surau Kulliyyah of Science, UIAM Kuantan

Surau di Kulliyyah of Science, IIUM ini merupakan tempat yang penting bagi pelajar dan staf Kulliyyah ini untuk menunaikan ibadah solat dan berehat. Ia terletak di bangunan admin berdekatan dengan bangunan WACKOS.

Surau ini aktif dengan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong, solat berjemaah, solat hajat, tadarus Al-Quran dan lain-lain. Ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan ilmu dan pemahaman agama, sambil menjalin hubungan erat antara staf dan pelajar dari kos yang berlainan.



Untuk memastikan kebersihan surau ini, Biro Agama Islam di bawah kelolaan kelab Kulliyyah of Science iaitu Science Students' Society (SCIENCESS) mengawasi keadaannya. Memastikan kebersihan surau adalah penting bagi keselesaan pengguna pada setiap masa.

Kami ingin memohon sumbangan dari semua pihak untuk mendapatkan karpet baharu bagi surau ini memandangkan karpet yang sedia ada telah digunakan selama bertahun-tahun. Karpet yang baru dapat memastikan keselesaan yang lebih kepada semua staf dan pelajar yang menggunakan surau ini.

Kami percaya bahawa karpet baharu akan memberikan keselesaan tambahan kepada semua orang yang menunaikan ibadah dan berkumpul di surau ini. Selain itu, ia turut akan memperindah suasana surau dan memberikan ruang yang lebih mesra dan tenteram untuk ibadah dan aktiviti keagamaan.

Sumbangan anda amatlah berharga bagi usaha kami untuk mencapai matlamat ini. Sebarang bantuan, baik besar mahupun kecil, sangat dihargai.

Borang Infaq

RM
+60
RM
powered by